Keadaan Syurga Menurut Al Qur’an

Posted: Maret 5, 2011 in Religi
Tag:,

[Image: syurga.jpg]

Allah SWT menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.

Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT:

“Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka.” (Surah Ar-Ra’d; 35)

“Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan.” (Surah Ar-Rahman; 48)

“Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir.” (Surah Ar-Rahman; 50)

“Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan.” (Surah Ar-Rahman; 52)

“Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat.” (Surah Ar-Rahman; 54)

“Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.” (Surah Ar-Rahman; 56)

“Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar.” (Surah Ar-Rahman; 66)

“Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.” (Surah Ar-Rahman; 70)

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan…” (Surah Luqman, 8)

“Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah “salam”” (Surah Ibrahim; 23)

“Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang.” (Surah Maryam; 62)

“Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.” (Surah Al-Hadid; 21)

“Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta.” (Surah Yasin; 57)

“(Bagi mereka) syurga ‘Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera.” (Surah Fathir; 33)

“….Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.” (Surah Al-Furqan; 76)

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.

Iklan
Komentar
  1. sunuy berkata:

    waaaau….. tapi gan semua yang mengaenai surga dan neraka yang ada di dalam Al-quran mengunakan bahasaa simbol…. itiu bagaiman pendapat anda????

    • hendrabudianto berkata:

      Itu karena keadaan surga dan neraka yang sebenarnya hanya ALLAH SWT yang tahu. Sementara yang diterangkan kepada manusia hanyalah gambaran kasarnya saja (perkiraan) sedangkan keadaan yang sesungguhnya adalah jauh melebihi dari apa yang diperkirakan. Selain itu juga kenapa gambaran mengenai surga dan neraka tidak diterangkan secara rinci dan detail adalah agar manusia bisa menggunakan akalnya untuk dapat menentukan tempat tinggal seperti apakah yang akan dipilihnya kelak di akhirat nanti.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s